Wednesday, March 21, 2012

ENTRI 12 : Kesalahan Ejaan dalam Risalah Iklan

Semasa dalam perjalanan ke kelas pada petang tadi, saya telah ditahan oleh seorang pelajar (mungkin juga pelajar UPSI) yang menyebarkan risalah mengenai peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di hadapan pintu pagar kampus. Bukan pekerjaan atau pendapatan lumayan yang saya ingin sentuh tetapi kesalahan ejaan yang terdapat dalam risalah tersebut. 
Kesalahan ejaan yang berlaku dalam risalah tersebut mungkin dapat dimaafkan jika hanya terdapat satu atau dua kesalahan ejaan mungkin masih dapat dimaafkan tapi terdapat lebih daripada tiga kesalahan iaitu:

SALAH          BETUL
perkerjaan     pekerjaan
caloan         calon
diperlukkan     diperlukan
digagakkan   digalakkan
ke- atas        ke atas

Pada pendapat saya, penaip bagi risalah ini kurang mahir dalam penggunaan imbuhan lalu menyebabkan berlakunya kesalahan seperti ini. Bagi kata ke atas tidak memerlukan tanda - kerana kata atas bukan nombor.



 
 

No comments:

Post a Comment