Thursday, March 15, 2012

ENTRI 8 : Bahasa Sindiran

Bahasa sindiran ialah perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat.  Bahasa ini disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Bahasa ini juga tidak dinyatakan atau disebutkan secara terang-terangan atas dasar untuk menjaga hati individu yang disindir.
Bahasa sindiran ini telah digunapakai sejak zaman dahulu lagi sehingga timbul peribahasa "Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas". Peribahasa ini menggambarkan orang yang disindir sedar bahawa mereka sedang disindir. Penggunaan bahasa ini juga tidak terhad kepada sekelompok kumpulan tetapi turut digunakan oleh semua. Sebagai seorang pelajar , saya turut menggunakan bahasa ini untuk meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana, saya masih lagi ingin menjaga hati orang yang ditegur. Berdasarkan skemata saya, saya rasa saya pernah menuturkan bahasa sindiran seperti berikut: 

"Hai untunglah, aku sorang je rajin masak air, yang lain reti minum je.

"Yela, tali banyak-banyak kat ampaian tu memang nak suruh ko sorang je sidai baju."

Begitulah sedikit sebanyak sindiran yang pernah saya sampaikan.

 

No comments:

Post a Comment