Tuesday, March 6, 2012

ENTRI 1 : Dialek



Mendengar sahaja pertuturan seseorang yang mana tuan empunya masih terikat kuat dengan dialek negerinya secara tidak langsung membolehkan kita mengetahui tanah tumpahnya darah si penutur tersebut. Hal ini bukan hanya berlaku kepada segelintir masyarakat tetapi rasanya umum pernah mengalaminya. Dialek bahasa tidak terhad kepada satu negeri sahaja di Malaysia tetapi banyak negeri malah dapat dikenalpasti dialek bahasa tersebut

Situasi yang ingin diceritakan baru sahaja berlaku sebentar. Untuk pengetahuan semua, untuk semester ini rakan serumah saya berasal dari pelbagai negeri seperti Sarawak, Kedah, Kelantan serta Selangor. Hendak dijadikan cerita, rakan serumah saya yang berasal dari Sarawak bertanyakan soalan kepada rakan serumah saya yang berasal dari Kedah tetapi dialek yang digunakan menyebabkan saya ingin ketawa kerana rakan serumah saya berasal dari Sarawak tersebut bertanyakan soalan kepada rakan serumah saya berasal dari Kedah dalam dialek Sarawak yang mana langsung tidak dapat difahami oleh rakan serumah saya yang berasal dari Kedah. Hal ini menyebabkan dia tidak mendapat respons yang diingini dan saya bersama rakan serumah yang lain berasa lucu lalu ketawa. Hal ini berlaku disebabkan terdapat tiga orang yang berasal dari Sarawak dalam rumah saya dan apa yang menyebabkan rakan serumah saya yang berasal dari Sarawak ini keliru kerana kebiasaannya dia sentiasa berbual dalam dialek Sarawak semasa berbual sesama mereka menyebabkanya lupa untuk menukar dialeknya semasa bertanyakan rakan serumah saya yang berasal dari Kedah itu tadi.



 ♥♥


No comments:

Post a Comment