Wednesday, March 14, 2012

ENTRI 6 : Bahasa Rojak 2



Jika pada situasi sebelumnya saya membincangkan bahasa rojak dalam lirik lagu, situasi yang akan saya bincang untuk kali ini pula ialah bahasa rojak dalam perbualan. Penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian juga semakin banyak berlaku yang saya rasa turut menyumbang kepada bahasa rojak dalam lirik lagu. Namun, yang paling dikesali juga terdapat segelintir pelajar menggunakan bahasa rojak dalam penulisan mereka. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan bahasa rojak telah memberi pengaruh yng besar dalam kalangan remaja.
Penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa juga menyebabkan banyak pihak berikhtiar terutamanya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mencari jalan penyelesaian agar penggunaan bahasa rojak ini tidak menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir. Pada pendapat saya, saya berasakan jika seseorang itu ingin mengasah bahasa asing mereka, mereka hanya perlu menggunakan satu-satu bahasa sahaja pada satu masa sahaja. Penggunaan dua bahasa dalam satu masa juga menyebabkan bahasa tersebut terutamanya bahasa Melayu akan dilupakan oleh penutur natif itu sendiri. 








Perbincangan mengenai bahasa rojak ini turut diutarakan oleh blog-blog lain seperti blog http://nurfauzibassar.blogspot.com/ , http://resam-melayu.com/ serta banyak lagi blog lain.

No comments:

Post a Comment