Thursday, March 8, 2012

ENTRI 3 : Bahasa asing


Mempunyai pengetahuan bahasa lebih daripada satu bahasa akan memberi banyak kelebihan kepada seseorang individu itu. Walau bagaimanapun, jika individu tersebut tidak mempunyai minat untuk belajar bahasa asing walaupun telah diberi peluang untuk mempelajarinya, individu tersebut tetap tidak akan mampu untuk menguasainya tetapi jika pengajarnya mampu menarik minat individu tersebut, pembelajaran bahasa asing akan menjadi pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk membolehkan seseorang itu mahir dalam bahasa asing seperti menonton cerita dalam bahasa tersebut, mendengar lagu dalam bahasa tersebut, membaca majalah, buku atau akhbar dalam bahasa tersebut dan banyak lagi. Saya sendiri walaupun tidak fasih tetapi turut mengetahui beberapa bahasa asing (sangat terhad pengetahuan) disebabkan minat saya menonton serta mendengar lagu bahasa asing. Jika diperhatikan, pihak kerajaan turut menyedari hakikat kepentingan menguasai bahasa asing kerana di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) para pelajarnya diwajibkan mengambil bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan sebagainya sebagai bahasa kedua.
Fenomena ini juga turut melibatkan penulis novel kerana dalam hasil penulisan mereka, mereka turut menggunakan pelbagai bahasa asing seperti bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Inggeris dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pembaca novel tersebut untuk menguasai bahasa asing. Kini, untuk mempelajari bahasa asing kita hanya perlu menekan tetikus  dan melayari laman sesawang yang telah menyediakan pelbagai bahasa asing yang boleh dipelajari.


Mari belajar bahasa asing!




 



No comments:

Post a Comment