Monday, March 19, 2012

ENTRI 11 : Dialek Kelantan vs Bahasa Melayu Baku

Teringat akan cerita lawak yang pernah dibaca dalam majalah Mastika. Cerita lawak jenaka tersebut adalah seperti berikut:
Pada suatu hari, Ahmad (orang Kelantan) dan Hisyam (orang Selangor) sedang berjoging di sebuah taman. Tiba-tiba Hisyam ternampak seekor ular..

Hisyam : Eh, ular! ular!
Ahmad : Ho, katokla (Ya, pukullah).
Hisyam : Ish, aku cakap ularlah, bukan katak.
Ahmad : Hola, katokla. Dan dio patok, sakitla (Yalah, pukullah. Nanti ular tu patuk, sakitlah).
Hisyam : Ishla, aku cakap ular, ularlah. Yang ko cakap katak tu kenapa??
Ahmad : Aku sughoh mung katok ular tu (Aku suruh kau pukul ular tu).

Akhirnya, kedua-dua mereka meninggalkan tempat tersebut tanpa memukul ular tersebut.

Pertelagahan seperti ini selalu terjadi antara orang yang berasal dari negeri yang mempunyai dialek dengan orang yang berasal dari negeri yang tidak mempunyai dialek. Perkara seperti ini juga pernah terjadi kepada saya, contohnya jika saya menyebut janggut sotong, kawan saya yang berasal dari Selangor pula menyatakan kepala sotong dan banyak lagi pertelingkahan kecil yang lain kerana kami berempat berasal dari negeri berbeza iaitu Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu. 
Walau bagaimanapun, pertelingkahan seperti ini juga secara tidak langsung membolehkan saya mengetahui perbezaan sebutan di setiap negeri.

Pelajar Bahasa Melayu yang berasal dari pelbagai negeri











































































































Kami berempat


No comments:

Post a Comment