Saturday, March 24, 2012

ENTRI 14 : Bahasa Memujuk

"Murah! Murah! Dik, maila singgah beli dik, murah je." Tentu kita semua pernah mengalami pengalaman seperti ini. Situasi ini tidak terhad berlaku di pasar-pasar sahaja, di kompleks membeli-belah juga situasi ini berlaku. Perbuatan yang dilakukan oleh penjual ini merupakan sebahagian daripada kemahiran mereka untuk memujuk pelanggan membeli barangan mereka. Bahasa memujuk pula merujuk kepada bahasa yang dituturkan oleh penjual untuk menarik minat pelanggan untuk membeli barangan mereka. Bahasa memujuk juga bukan sahaja dapat menarik minat pelanggan malah berjaya membuatkan pelanggan membeli barangan mereka. Bahasa memujuk merupakan bahasa psikologi yang dapat mempengaruhi pelanggan yang pada awalnya mereka tidak ingin membeli barangan tersebut, tetapi apabila dipujuk secara berterusan, pelanggan tersebut secara tidak langsung tertarik untuk membeli barangan tersebut.
Bahasa memujuk tidak terhad dalam situasi di atas sahaja malah turut digunakan dalam media massa tidak kira media elektronik ataupun media cetak. Penggunaan bahasa memujuk dalam media massa juga secara tidak langsung menyebabkan penonton atau pembaca tertarik akan barangan yang dipromosikan dalam media tersebut.
Pandangan saya sendiri, penggunaan bahasa memujuk telah meluas penggunaannya. Penggunaan bahasa memujuk yang baik oleh penuturnya secara tidak langsung dapat menarik minat pelanggan untuk terus mendengar celoteh mereka dan seterusnya membeli barangan tersebut.


 






No comments:

Post a Comment