Sunday, March 18, 2012

ENTRI 10 : Bahasa Pasar

Bahasa pasar merupakan bahasa basahan sehari-hari untuk urusan seharian yang pada kebiasaannya wujud disebabkan oleh unsur-unsur bahasa lain. 
Situasi yang saya alami sendiri ialah apabila saya ke pasar seperti pasar tani atau pasar malam dan jika penjualnya bukan orang Melayu, pelanggan yang terdiri daripada orang Melayu akan bertanya kepada penjual "Toke, ini berapa harga" yang mana pertanyaaan tersebut telah dipengaruhi oleh bahasa Cina walaupun penuturnya ialah orang Melayu. Pensyarah bahasa saya iaitu En. Samsuddin sendiri pernah berkata bahawa orang Melayu ini lebih Cina daripada orang Cina disebabkan pertuturan mereka walhal orang Cina tetap dengan telo mereka semasa berinteraksi dengan orang Melayu. 
Pada pendapat saya, situasi begini terjadi kerana masyarakat Melayu tidak memahami peranan setia bahasa sebagai orang Melayu. 

    

No comments:

Post a Comment