Saturday, March 24, 2012

ENTRI 15 : Bahasa Terbalik

Berdasarkan pengajaran Puan Husna yang lalu, bahasa terbalik bermaksud bahasa yang menggunakan perkataan berakas (terbalik) daripada maksud yang dikehendakkan. Maksud lain bagi bahasa terbalik ialah lawan daripada apa yang dikatakan. Kebiasaannya, orang tua-tua selalu mengamalkan bahasa terbalik tetapi sebagai orang muda juga saya turut terpengaruh dengan bahasa ini. Hal ini demikian kerana situasi tempat tinggal saya yang masih mengamalkan rukun tetangga yang kuat menyebabkan saya sering bergaul dengan jiran tetangga yang lain yang secara tidak langsung membolehkan saya sendiri mengalami situasi tersebut. Situasi saya sendiri, disebabkan keaktifan bermain bola jaring, kaki saya pernah terseliuh. Mak saya sendiri pernah menggunakan bahasa terbalik kepada saya kerana dia tidak menggalakkan sangat saya bermain sukan. Ayat yang saya masih ingat yang pernah dituturkan oleh mak saya :

"Hah, lompatla lagi kat padang tu, biar dua-dua kaki sakit."

Walaupun begitu, mak saya masih mengambil berat akan keadaan saya pada masa itu dan pada masa itu juga, saya yang tidak memahami sangat bahasa terbalik hanya tersengih sahaja kepada mak saya. 


Gambar hiasan semata-mata

No comments:

Post a Comment