Saturday, March 31, 2012

ENTRI 20


Pada entri yang lalu saya telah menceritakan mengenai nombor dalam dialek Kelantan. Jadi pada entri kali ini saya akan menceritakan mengenai sebutan bagi Rinngit Malaysia (RM) di Kelantan. Jika dalam bahasa standard, perkataan seringgit untuk RM1, di Kelantan perkataan ringgit digantikan dengan ya (disebut secara baku). Hal ini dapat dilihat dalam contoh berikut :

Nilai wang (RM)
Bahasa standard
Dialek Kelantan
1
Seringgit
Siya
2
Dua ringgit
Duwo ya
3
Tiga ringgit
Tigo ya
4
Empat ringgit
Pat
5
Lima ringgit
Limo ya
6
Enam ringgit
Ne ya
7
Tujuh ringgit
Tujoh ya
8
Lapan ringgit
Lape ya
9
Sembilan ringgit
Mile ya
10
Sepuluh ringgit
Puluh ya

 Terdapat juga sebutan yang berbeza bagi syiling iaitu lima puluh sen bagi bahasa standard tetapi di Kelantan lima puluh sen disebut samah. Pemahaman saya, suku kata ‘sa’ dalam samah merujuk kepada bilangan satu tetapi bagi suku kata ‘mah’, saya kurang pasti akan maksudnya.

Nilai wang (sen)
Bahasa standard
Dialek Kelantan
10
Sepuluh sen
Pe (e pepet) sen
20
Dua puluh sen
Duwo puluh sen
30
Tiga puluh sen
Tigo puluh sen
40
Empat puluh sen
Pat puluh sen
50
Lima puluh sen
Limo puluh sen / samah

Bagi penggunaan samah, masyarakat Kelantan turut menggunakan sebutan tigo amah yang merujuk kepada RM 1.50

Friday, March 30, 2012

ENTRI 19 : NOMBOR dalam DIALEK KELANTAN


Pada entri kali ini, saya akan menceritakan mengenai sebutan nombor dalam dialek Kelantan. Sebutan nombor dalam dialek Kelantan adalah sedikit berbeza bunyinya dengan sebutan nombor ‘standard’. Hal ini dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah :

Nombor
Bahasa standard
Dialek Kelantan
1
Satu
So (bunyi so dalam perkataan soya)
2
Dua
Duwo
3
Tiga
Tigo
4
Empat
Pat
5
Lima
Limo
6
Enam
Ne (bunyi e-talling)
7
Tujuh
Tujoh
8
Lapan
Lape (bunyi e-talling)
9
Sembilan
Mile (bunyi e-talling)
10
Sepuluh
Puluh

Saya berharap kawan-kawan yang lain dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka dengan dialek Kelantan.