Monday, May 28, 2012

ISTILAH KATA

neka bahasa - variasi atau pelbagai
bahasa inklusif - bahasa utama
bahasa Pijin - bahasa campuran antara dua bahasa atau lebih
bahasa Kreol - percampuran antara bahasa pertama
basilek - tahap dalam bahasa Kreol yang merujuk kepada tahap yang masih bercampur dalam keadaan yang kental pada peringkat awal 
mesolek - kelainan yang wujud di tengah proses perubahan dari basilek ke akrolek
akrolek - bahasa yang telah kembali kepada bahasa asal yang baku
bahasa eksklusif- bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu
konvesi - persetujuan ramai
ambilingual - tahu dan kuasai dua bahasa sepenuhnya dengan sama baik
dwiglosia / diglosia - penggunaan dua bahasa yang berlainan (contoh: bahasa Melayu dengan dialek Melayu)

Friday, May 4, 2012

ENTRI 40 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG


Entri  kali ini merupakan entri terakhir bagi subjek Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Jadi, pada entri ini saya akan mencoretkan mengenai laras bahasa undang-undang yang merupakan topik pembentangan saya pada minggu hadapan. 
Laras bahasa undang-undang merupakan sebuah laras bahasa yang tiada gambar, graf, metafora, simile, peribahasa, kiasan dan sebagainya. Laras bahasa ini mempunyai istilahnya tersendiri sebagai contoh Argumantum ad bacuum, habeas corpus dan sebagainya. Antara ciri-ciri laras bahasa undang-undang ialah :
  • Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta seperti bahagian dan seksyen. 
  • Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris.
  • Makna kosa kata berdasarkan interpretasi.
  • Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
  • Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.
  • Tiada gambar atau graf
  • Binaan ayat adalah panjang
Ciri-ciri inilah yang membezakan laras bahasa undang-undang dengan laras bahasa yang lain.

ENTRI 39 : BAHASA ASING


Pada entri yang lalu saya menceritakan mengenai perancangan pemerolehan. Jadi, pada entri kali ini saya akan berkongsi tentang pengalaman saya mempelajari bahasa asing iaitu BAHASA JEPUN semasa berada di alam persekolahan menengah. Di sekolah saya, semua pelajar diwajibkan mempelajari bahasa asing dan bahasa asing yang ditawarkan ialah Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Jerman. Saya telah memilih untuk mempelajari Bahasa Jepun mungkin kerana pada masa itu saya terpengaruh dengan tayangan drama-drama Jepun di kaca televisyen.
Semasa mempelajari Bahasa Jepun, saya mendapati dalam Bahasa Jepun terdapat tiga jenis tulisan iaitu hiragana, katakana dan kanji. Pada awal pembelajaran, saya telah diajarkan tulisan hiragana dan semasa berada di tingkatan dua, saya telah diajarkan tulisan katakana. Tulisan kanji diajarkan semasa saya berada di penggal kedua persekolahan tingkatan dua. Semasa belajar Bahasa Jepun, saya berasa sangat seronok tapi pada masa yang saya berasa takut kerana sensei (guru) yang mengajar sangat tegas  menyebabkan kami sentiasa fokus semasa belajar. Beberapa perkataan Jepun yang masih saya ingat seperti cara memperkenalkan diri, cara meminta maaf, nombor dalam Jepun dan beberapa lagi. Disebabkan tidak memperatikkan penggunaan Bahasa Jepun, pemahaman Bahasa Jepun saya menjadi sangat terhad.  Antara perkataan yang masih saya ingat ialah :
  • Kawai yang bermaksud comel
  • Ame yang bermaksud sama ada hujan atau manis
  • Umai yang bermaksud sedap
  • Oishi juga bermaksud sedap
  • Sumimasen/gomenasai yang bermaksud maaf dan beberapa lagi



Thursday, May 3, 2012

ENTRI 38


Jika pada entri yang lalu saya membincangkan tentang perancangan status, kali ini saya akan membincangkan pula mengenai perancangan pemerolehan. Perancangan pemerolehan merupakan salah satu perancangan bahasa. Perancangan pemerolehan merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa, tidak kira bahasa kebangsaan mahupun bahasa kedua atau bahasa asing. 
Perancangan ini melibatkan usaha-usaha untuk mempengaruhi bilangan pengguna serta pengagihan bahasa dan kenal huruf yang dicapai dengan mencipta peluang atau mengambil inisiatif untuk mempelajarinya. Usaha-usaha ini mungkin mendasari dasar-dasar asimilasi atau kemajmukan. Perancangan pemerolehan juga berkait secara langsung dengan penyebaran bahasa dan merupakan peranan badan-badan kerajaan negara, kawasan atau tempatan untuk menyebarkan bahasa.


ENTRI 37 : PERANCANGAN STATUS


Entri  kali ini saya akan menyambung lagi mengenai perancangan bahasa. Selain perancangan korpus, perancangan bahasa turut terbahagi kepada perancangan status.
 Perancangan status merujuk kepada kepada usaha-usaha untuk memperuntukkan fungsi-fungsi bahasa dan kenal huruf di dalam komuniti pertuturan. Perancangan ini juga melibatkan pilihan status dan menyebabkan sesuatu bahasa atau kelainan menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Perancangan status juga akan melibatkan peningkatan sebuah bahasa atau loghat menjadi kelainan prestij yang mungkin menjejaskan loghat-loghat yang bersaingan. Perancangan status ialah perkara yang mesti bagi mewujudkan sebuah sistem tulisan yang baru kerana sebuah sistem tulisan hanya dapat diperkembangkan selepas suatu loghat yang sesuai telah dipilih sebagai piawai.