Tuesday, March 13, 2012

ENTRI 5 : Bahasa Rojak



Saya bukanlah seorang yang suka mendengar radio tetapi jika menaiki bas atau kereta, kebiasaannya pemandu bas atau kereta itu akan memasang radio sebagai halwa telinga semasa memandu kenderaan mereka. Terdapat pelbagai lagu yang menarik telah disajikan oleh juruhebah-juruhebah daripada pelbagai siaran radio sesuai dengan minat golongan remaja sekarang. Walau bagaimanapun, dapat diperhatikan bahawa lirik-lirik lagu yang menjadi siulan anak muda sekarang telah dicampur-aduk bahasanya. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada bahasa rojak. Terdapat pelbagai lagu yang liriknya mengandungi bahasa rojak seperti lagu dendangan Zee Avi iaitu Kantoi, lagu dendangan Awi Rafael iaitu Pulanglah dan agaknya penat jari saya untuk menaip kesemua tajuk lagu disebabkan semakin banyak lagu Melayu yang menjadi lagu rojak. 




 



  Mengapa hal ini terjadi? Sama-samalah kita renungkan..

No comments:

Post a Comment