Thursday, March 29, 2012

ENTRI 18 : Teori Pemerolehan Bahasa


TEORI INTERAKSIONALIS (BLOOM)
Teori ini berkembang pada tahun 60-an dan 70-an dan merupakan sebuah teori yang mengambil jalan tengah antara behavioris dengan mentalis. Berdasarkan teori ini, pemerolehan bahasa diperoleh berdasarkan faktor persekitaran dan semula jadi. Selain menerima latihan bahasa pasif daripada ibu bapa, kanak-kanak memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa - faktor-faktor seperti persekitaran sosial, kematangan, biologi dan kognitif memainkan peranan utama dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, pada entri ini saya hanya akan menyentuh faktor persekitaran sosial. Faktor ini turut melibatkan ibu bapa yang merupakan individu paling dekat dengan kanak-kanak. Penggunaan bahasa yang bagaimana oleh ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak mereka. Oleh itu, kanak-kanak belajar berinteraksi berdasarkan pengalaman mereka berbahasa bersama ibu bapa mereka. Penggunaan bahasa oleh ibu bapa seperti bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil atau sebagainya turut mempengaruhi bahasa pertama kanak-kanak.
Oleh itu, ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua dalam keluarga perlulah menggunakan bahasa yang sesuai semasa berkomunikasi agar kanak-kanak dapat mencontohi penggunaan bahasa tersebut dan seterusnya mengamalkannya dalam pertuturan mereka.

No comments:

Post a Comment