Monday, April 30, 2012

ENTRI 36 : PERANCANGAN BAHASA


Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu untuk tujuan penyuburan bahasa. Langkah-langkah yang diambil untuk menyuburkan bahasa meliputi usaha-usaha pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan kepada sesuatu bahasa. Perancangan bahasa terbahagi kepada dua tahap utama iaitu perancangan korpus dan perancangan status. Dalam entri ini, saya akan menumpukan kepada perancangan korpus semata-mata.

PERANCANGAN KORPUS
Perancangan korpus merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan pembinaan ortografi (pembakuan terhadap sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan. Bagi sesebuah bahasa yang dahulunya tidak tertulis, langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan. Nik Safiah Karim juga menyatakan bahawa sesuatu bahasa itu dirancang dan melalui tiga peringkat utama. Peringkat pertama ialah peringkat membuat keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang. Peringkat kedua pula ialah pelaksanaan rancangan-rancangan yang telah disusun dan peringkat ketiga ialah penilaian.

No comments:

Post a Comment