Thursday, April 5, 2012

ENTRI 23


Teringat semasa menghadiri seminar MBMMBI pada hari Rabu yang lalu dan saya tertarik akan salah satu hujah yang disampaikan oleh salah seorang penceramah yang menyatakan orang Melayu kini lebih mengutamakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Perkara ini dapat dilihat dalam pertukaran nama bagi kenderaan, tidak kira kenderaan perseorangan mahupun kenderaan awam. Penceramah tersebut turut menyatakan contoh bagi kereta yang pada tahun 90-an yang menggunakan nama seperti Kancil, Kelisa, Wira, Saga, Satria dan sebagainya. Namun kini, penggunaan nama bagi kereta pada masa kini lebih kebaratan seperti  Gen-2, Savvy, Myvi, Viva, Alza, Satria Neo dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung turut mengajar rakyat Malaysia bahawa bahasa Inggeris lebih bagus atau baik berbanding bahasa Melayu.
            Perkara seperti ini tidak akan berlaku jika kita mengutamakan bahasa Melayu dalam semua perkara dan pihak yang sepatutnya seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan. Jika perkara ini diajukan, mungkin sebilangan akan menyatakan bahawa perkara ini hanyalah masalah remeh tetapi jika perkara yang sekecil-kecilnya tidak dapat dibendung/diatasi, mampukah masalah yang sebesar-besarnya dapat diatasi?

No comments:

Post a Comment