Wednesday, April 18, 2012

ENTRI 28


Pada entri kali ini, saya akan mencoretkan mengenai kemahiran bertutur . Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks yang  merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi iaitu intonasi, tekanan sebutan dan jeda, serat turut menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan. Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan. Hal ini dapat dibuktikan melalui yang menunjukkan bahawa untuk bertutur dengan baik seseorang itu perlu mempunyai skemata. Kemahiran bertutur yang baik juga membolehkan seseorang itu mempunyai keyakinan yang tinggi semasa berkomunikasi.
 

No comments:

Post a Comment