Saturday, April 28, 2012

ENTRI 35


Perbezaan bidang mikrolinguistik dengan makrolinguistik.
MIKROLINGUISTIK
Bidang ini membincangkan tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada parasa interaksi bersemuka (F. Penalosa). Pendapat Ervin-Tripp pula iaah mikrolinguistik merupakan kajian tentang komponen interaksi bersemuka sebagaimana berlaku yang berkait dengan struktur formal bahasa. Komponen ini termasuklah peserta, suasana, fungsi interaksi, tajuk, pesanan dan saluran.
MAKROLINGUISTIK
Bidang ini lebih menumpukan kepada perbahasan dan kerja pada populasi yang banyak, institusi kebangsaan dan dasar bahasa di peringkat kebangsaan (Dell Hymes). Pendapat lain tentang makrolinguistik ialah konsep makro adalah lebih luas dan mempunyai kaitan dengan bidang lain seperti sosiologi, ekonomo, antropologi, sains, politik dan berdasarkan bilangan kumpulan manusia.

Perbincangan umum di atasa secara tidak langsung telah menunjukkan perbezaan antara bidang mikrolinguistik dengan bidang makrolinguistik yang mana bidang mikrolinguistik lebih tertumpu kepada aspek-aspek tertentu sahaja dalam linguistik seperti interaksi bersemuka, sistem sapaan dan panggilan. Jika skop bagi mikrolinguistik kecil, bidang bagi makrolinguistik pula besar dan meliputi pelbagai bidang seperti perancangan bahasa, pengajaran bahasa, dasar bahasa dan penggunaan bahasa.

No comments:

Post a Comment