Monday, April 23, 2012

ENTRI 31 : KESANTUNAN BAHASA


Entri kali ini saya akan mencoretkan mengenai kesantunan bahasa. Dalam kesantunan bahasa terdapat tiga rumus yang telah diperkenalkan oleh Ervin-Tripp iaitu rumus alternasi, rumus kejadian bersama dan rumus perurutan. Rumus yang akan sentuh bagi entri ini ialah rumus alternasi.

Rumus alternasi merupakan rumus yang berkaitan dengan cara menyapa. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kaedah ini :

·         Situasi yang ditandai oleh status. Situasi ini merujuk kepada latar atau tempat di mana situasi tersebut berlaku. Contohnya :

v  Mahkamah – gelaran yang digunakan untuk merujuk hakim ialah Yang Arif.
v  Bilik kuliah – gelaran bagi pensyarah sama ada Encik, Puan, Doktor atau Prof bergantung kepada pangkat mereka.
v  Hospital – gelaran bagi pegawai perubatan ialah Doktor.

·         Pangkat. Pangkat menunjukkan perbezaan status dalam suatu kelompok. Sebagai contoh perbezaan status antara guru dan murid, doktor dan jururawat dan sebagainya.

·         Gelaran. Gelaran merujuk kepada gelaran dalam pekerjaan atau gelaran kehormat. Contohnya seperti doktor dan haji.

Rumus secara tidak langsung menunjukkan bahawa sistem sapaan dalam masyarakat Malaysia turut mengamal rumus ini dalam kehidupan. Sebagai contoh, abah saya telah menunaikan haji 14 tahun yang lalu dan apa yang dapat saya perhatikan, kebanyakan kawan-kawan abah saya memanggilnya dengan gelaran haji.

No comments:

Post a Comment