Disebabkan
cuti pertengahan semester telah bermula dan saya sudah berada di kampung
halaman saya iaitu Kelantan, jadi pada entri kali ini saya akan berkongsi serba
sedikit mengenai kosa kata Kelantan.
|
Kosa Kata
|
Makna
|
Ayat
|
|
Ghalik
|
Khusyuk
|
Ahmad ghalik mendengar sayarahan itu.
|
|
Hungga
|
Lari
|
Pencuri itu hungga
apabila melihat polis
|
|
Meto
|
Degil
|
Biasaanya budak-budak meto sukar untuk mendengar nasihat
daripada orang tua.
|
|
Hagah
|
Sombong
|
Budak itu sungguh hagah kerana tidak menegur pun orang di sebelahnya.
|
|
Ghetok
|
Jambatan
|
Ghetok yang menghubungkan Kampung Mahligai dengan Kampung Jelawat sudah semakin
uzur.
|
|
Bekwoh
|
Kenduri
|
Mak Cik Mariam akan mengadakan bekwoh besar-besaran untuk perkahwinan anak perempuannya.
|
|
Kawe
|
Saya
|
Kawe tidak dapat ke kelas hari ini kerana tidak sihat
|
|
Demo
|
Awak
|
Demo sudah makan ke belum?
|
|
Bedooh
|
Melampau
|
Perbuatan awak menampar budak
itu sungguh bedooh
|
|
Pekong
|
Melempar
|
Syahir pekong bola itu ke arah Hashim.
|
No comments:
Post a Comment