Thursday, April 19, 2012

ENTRI 29

Pada entri kali ini, saya akan mencoretkan mengenai kata ganti nama diri. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga kata ganti nama diri iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Jadi untuk entri ini saya akan sentuh tentang kata ganti nama diri orang pertama. Kata ganti diri orang pertama bermaksud kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. Menurut Arbak Othman (1981:35), kata ganti nama tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Perbezaan penggunaan kata ganti nama bergantung kepada taraf orang yang bercakap dan orang yang dilawan cakap. Berikut merupakan senarai kata ganti nama diri pertama :

aku - digunakan apabila bercakap dengan kawan-kawan 
saya - digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi 
hamba - digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik - digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta - digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami - digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan orang kedua


Pengalaman saya sendiri, saya menggunakan kata ganti nama diri aku jika berada dalam kalangan kawan-kawan dan saya jika orang yang dilawan bercakap baru saya kenali tetapi terdapat juga dalam kalangan kawan-kawan saya menggunakan kata ganti nama diri saya walaupun dia rapat dengan saya. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan kawan-kawan saya yang menggunakan kata ganti nama diri kami atau kita yang mewakili diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment