Friday, April 27, 2012

ENTRI 34 : BAHASA


Bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia yang hidup bermasyrakat. Terdapat banyak definisi bahasa yang telah dikemukakan oleh golongan bahasa. Definisi pertama bagi bahasa ialah sistem perlambangan yang canggih, kompleks dan anjal (Abdullah Yusof, 2009). Definisi kedua pula ialah, bahasa bukan semata-mata merupakan penyampai tetapi bahasa itu sendiri adalah isi, satu rujukan untuk kesetiaan dan kederhakaan, satu status sosial dan hubungan-hubungan perseorangan, satu penanda untuk situasi dan topik serta matlamat masyarakat dan arena interaksi yang mempunyai skala nilai yang besar yang menentukan ciri setiap masyarakat bahasa (Joshua A. Fishman,1991). Pandangan Siti Hajar Abdul Aziz pula, bahasa mempunyai ciri universal iaitu sebagai satu sistem, satu simbol, alat komunikasi, bersifat arbitrari, unik, sejagat, dinamis dan bervariasi.
Berdasar pandangan di atas, jelaslah bahasa bukan semata-mata hanya digunakan untuk berkomunikasi  tetapi turut memainkan peranan penting dalam diri seseorang.

No comments:

Post a Comment