Friday, April 20, 2012

ENTRI 30


Jika pada entri yang lalu saya mencoretkan tentang kata ganti diri pertama, kali ini saya akan menyambung dengan kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. 

 - Kata Ganti Nama Diri Kedua
  Digunakan semasa kita berbual dengan seseorang. Berikut merupakan contoh bagi kata ganti nama diri kedua :

anda - digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau/kau - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
tuanku - digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian - digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dengan kita


Situasi saya bagi kata ganti nama diri ini ialah penggunaan kata ganti nama diri. Emak saya akan membahasakan diri saya kamu semasa saya bercakap dengannya manakala semasa berbual-bual dengan rakan-rakan pula saya akan memanggilnya dengan kata ganti nama kau.


- Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Perkataan-perkataan uang dipakai bagi menggantikan orang yang dicakapkan yakni orang ketiga (Arbak Othman). Penggunaan bagi kata  ganti nama ini juga digunakan semasa orang pertama dan orang kedua berbual-bual dan merujuk kepada orang ketiga yang tiada di tempat yang sama dengan mereka. Berikut merupakan contoh bagi kata ganti nama diri orang ketiga :

baginda - digunakan untuk raja dan sultan
beliau - digunakan untuk orang yang kita hormati
dia/ia - digunakan untuk orang yang umum
mereka - digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


Bagi saya, saya banyak menggunakan dia bagi merujuk kepada orang yang diceritakan semasa berbual dengan rakan-rakan saya.


No comments:

Post a Comment