Monday, April 2, 2012

ENTRI 21 : UNGKAPAN


Setiap masyarakat kaya dengan kebudayaannya yang tersendiri dan unik. Begitu juga dengan masyarakat Melayu yang kaya dengan pelbagai jenis adat, pelbagai jenis tarian, kata-kata nasihat dan banyak lagi. Pada entri kali ini, saya akan memberikan definisi bagi ungkapan-ungkapan seperti bidalan, pepatah-petitih, kata-kata pujangga, hadis Melayu, perbilangan, gurindam, seloka, tamsil, peribahasa, simpulan bahasa, ibarat dan perumpamaan. Ungkapan-ungkapan ini merupakan kata-kata yang boleh digunakan untuk memberi nasihat, teguran serta prearrange kepada setiap masyarakat agar kesejahteraan masyarakat dapat dijaga.

 
UNGKAPAN MELAYU
DEFINISI / CONTOH





Bidalan
Sejenis ungkapan yang menekankan tentang teladan yang mengandungi unsur pengajaran.

Contoh :
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

- Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.





Pepatah-petitih
Peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua serta adat masyarakat.
(Kamus Dewan Edisi Keempat 2007:1176)

Contoh :
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

- Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.






Kata-kata pujangga
Perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi.

Contoh :
- Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.






Hadis Melayu

Perkataan yang bukan bersandar atau disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.. Ungkapan mengenai sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab Jawi lama ataupun banyak merujuk kepada buku terjemahan dalam bahasa Melayu tanpa merujuk kepada naskhah asal bahasa Arabnya.

Contoh :
Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.






Perbilangan
Perbilangan adat adalah ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih (Aripin Said, 1996).

Contoh :
Raja menobat di dalam alam,
Penghulu menobat di dalam luak,
Lembaga menobat di dalam lingkungannya,
Ibu bapa menobat pada anak buahnya,
Orang banyak menobat di dalam terataknya.





Gurindam
Puisi lama yang terdiri daripada dua baris serangkap dan mempunyai pelbagai pengajaran.

Contoh :
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.






Seloka
Puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran, jenaka dan lain-lain.
(Kamus Dewan Edisi Keempat 2007:1428)

Contoh :
Seloka Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air ditempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga kecundangan.




Tamsil
Kiasan asal yang diperluas dengan lebih panjang lebar dan mengandungi beberapa isi pengajaran, nasihat, teladan, serta pemikiran yang bernas.

Contoh :
Tua-tua keladi, makin tua makin menjadi.
- Makin tua makin banyak pengalaman.





Peribahasa
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.

Contoh :
Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
Bagaimana contoh begitulah gubahannya.


-Anak yang menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.





Simpulan bahasa
Susunan kata yang digunakan dalam percakapan, tulisan, frasa atau rangkai kata yang tertentu susunan katanya.

Contoh :
Campur tangan

- Melibatkan diri dalam urusan orang lain.






Ibarat
Kiasan yang sering menggunakan perkataan 'ibarat' untuk membuat perbandingan tentang sesuatu perkara. Ia bertujuan untuk menjadikan maksudnya bertambah nyata.

Contoh :
barat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.

- Orang melarat mendapat pertolongan.





Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.

Contoh:
Bagai si kudung mendapat cincin.

-Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

No comments:

Post a Comment