Wednesday, April 25, 2012

ENTRI 33


Entri  kali ini saya akan menyambung lagi mengenai sistem sapaan Ervin-Tripp. Sistem sapaan Ervin-Tripp yang ketiga  ialah rumus perurutan. Dalam rumus perurutan, terdapat susunan kata-kata sapaan yang dimulai dengan rujukan kehormat kepada gelaran yang disandang dan selepas itu nama peribadi yang disapa. Gelaran yang dimiliki, jika lebih daripada satu, perlu diatur mengikut kaedah yang biasa digunakan. Sebagai contoh, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Professor Doktor Hajah Siti Maimunah binti Safuan
 Sebelum ini, saya sendiri keliru mengenai cara untuk menyusun gelaran yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada awal semester saya di sini, saya keliru untuk menyusun gelaran Prof. Madya dan Doktor tetapi mujurlah ada dalam kalangan kawan saya yang mengetahui mengenai rumus perurutan ini dan dia telah menerangkannya kepada saya. Dengan adanya rumus ini juga membolehkan seseorang itu berhati-hati menyusun gelaran yang diperoleh individu yang disapa, jika tersalah susun mungkin diri sendiri yang akan malu pula.

No comments:

Post a Comment