Pada entri kali ini, saya akan mencoretkan mengenai kemahiran
bertutur . Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks yang merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara
untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta
idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Semasa
bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan
unsur-unsur prosodi iaitu intonasi, tekanan sebutan dan jeda, serat turut
menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan. Walau bagaimanapun, selain
menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan
bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental
iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan
mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan
proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan. Hal ini dapat dibuktikan
melalui yang menunjukkan bahawa untuk bertutur dengan baik seseorang itu perlu
mempunyai skemata. Kemahiran bertutur yang baik juga membolehkan seseorang itu mempunyai keyakinan yang tinggi semasa berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment