Teringat
semasa menghadiri seminar MBMMBI pada hari Rabu yang lalu dan saya tertarik
akan salah satu hujah yang disampaikan oleh salah seorang penceramah yang
menyatakan orang Melayu kini lebih mengutamakan bahasa Inggeris berbanding
bahasa Melayu. Perkara ini dapat dilihat dalam pertukaran nama bagi kenderaan,
tidak kira kenderaan perseorangan mahupun kenderaan awam. Penceramah tersebut
turut menyatakan contoh bagi kereta yang pada tahun 90-an yang menggunakan nama
seperti Kancil, Kelisa, Wira, Saga, Satria dan sebagainya. Namun kini,
penggunaan nama bagi kereta pada masa kini lebih kebaratan seperti Gen-2, Savvy, Myvi, Viva, Alza, Satria Neo
dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung turut mengajar rakyat Malaysia
bahawa bahasa Inggeris lebih bagus atau baik berbanding bahasa Melayu.
Perkara seperti ini tidak akan
berlaku jika kita mengutamakan bahasa Melayu dalam semua perkara dan pihak yang
sepatutnya seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bahasa
Melayu tidak dipinggirkan. Jika perkara ini diajukan, mungkin sebilangan akan
menyatakan bahawa perkara ini hanyalah masalah remeh tetapi jika perkara yang
sekecil-kecilnya tidak dapat dibendung/diatasi, mampukah masalah yang
sebesar-besarnya dapat diatasi?
No comments:
Post a Comment