Pada
entri kali ini, saya akan mencoretkan mengenai penggunaan dialek yang digunakan
oleh pensyarah semasa sesi kuliah. Kebiasaannya, pelajar yang berasal dari
negeri yang mempunyai dialek sentiasa ditegur oleh pensyarah agar mengawal
dialek mereka dan bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi. Malangnya,
perkara ini turut berlaku dalam kalangan pensyarah yang berasal dari negeri
yang mempunyai dialek yang mana mereka dengan selambanya menggunakan dialek
semasa sesi kuliah berlangsung. Hal ini secara tidak langsung mengundang
masalah kepada para pelajar untuk memahami isi pengajaran kerana tidak semua
pelajar yang berasal dari negeri yang sama dengan pensyarah tersebut. Para pensyarah
seharusnya menjadi contoh teladan kepada para pelajar yang berasal dari negeri
yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi semasa sesi kuliah
berlangsung dan hanya menggunakan dialek semasa situasi tidak formal. Hal ini secara
tidak langsung membolehkan pelajar berasa malu jika mereka menggunakan dialek
semasa pembentangan kerana pensyarah yang berasal dari negeri yang sama dengan
mereka mampu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi. Pelajar tersebut
juga secara tidak langsung ingin berusaha memperbaiki penggunaan dialek mereka
dalam situasi tertentu sahaja.
No comments:
Post a Comment