Wednesday, March 21, 2012
ENTRI 13 : Bahasa Perpaduan
Bayangkan jika Malaysia yang penduduknya berbilang kaum dan bahasa tetapi tiada bahasa perpaduan apa yang akan terjadi? Saya sendiri dapat bayangkan keadaan huru-hara yang akan berlaku semasa berkomunikasi kerana kita tidak dapat memahami bahasa mereka. Hal ini boleh diumpamakan seperti itik bercakap dengan ayam. Selain sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu turut memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara menyebabkan semua orang perlu menguasai bahasa Melayu tidak kira apa jua kaumnya. Penguatkuasaan ini secara tidak langsung membolehkan orang Melayu berinteraksi dengan orang Cina, orang Cina dengan orang India dan sebaliknya. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan juga secara tidak langsung dapat menjamin kemakmuran negara kerana masyarakat dapat memahami apa yang dituturkan oleh individu lain. Selain itu juga, dengan adanya bahasa perpaduan juga membolehkan kaum lain memahami sesuatu seperti papan tanda, surat rasmi, risalah iklan dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment