Thursday, March 8, 2012

ENTRI 4 : Adab


Adab boleh mencerminkan seseorang itu mempunyai pekerti yang mulia dalam dirinya. Terdapat juga pepatah yang mengangkat adab seperti "biar mati anak, jangan mati adat". Hal ini secara tidak langsung menggambarkan adab merupakan sikap yang amat penting dalam diri seseorang.
Walau bagaimanapun, dewasa ini dapat dikatakan pegangan adat dalam kalangan masyarakat semakin berkurang walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti kempen-kempen yang dipaparkan oleh media massa. 
Pengalaman saya sendiri, sekumpulan remaja yang saya temui yang saya rasa merupakan pelajar sekolah menengah berdasarkan susuk tubuh mereka, mengejutkan saya dengan tingkah laku dan tutur kata mereka. Apa yang lebih memalukan golongan remaja tersebut merupakan orang Melayu yang diketahui mempunyai adab pekerti yang tinggi tetapi nampaknya nilai-nilai murni tersebut semakin terhakis dalam diri mereka. Adakah salah ibu bapa yang mendidik yang menjadikan mereka kurang beradab atau salah sekolah yang tidak memantau aktiviti mereka atau salah mereka sendiri? Hal ini amat menyedihkan saya sendiri kerana golongan remaja merupakan tunggak negara pada masa hadapan. Namun, saya masih berharap tidak semua golongan remaja masa kini mempunyai pekerti seperti golongan remaja yang saya temui.



No comments:

Post a Comment