Friday, May 4, 2012

ENTRI 39 : BAHASA ASING


Pada entri yang lalu saya menceritakan mengenai perancangan pemerolehan. Jadi, pada entri kali ini saya akan berkongsi tentang pengalaman saya mempelajari bahasa asing iaitu BAHASA JEPUN semasa berada di alam persekolahan menengah. Di sekolah saya, semua pelajar diwajibkan mempelajari bahasa asing dan bahasa asing yang ditawarkan ialah Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Jerman. Saya telah memilih untuk mempelajari Bahasa Jepun mungkin kerana pada masa itu saya terpengaruh dengan tayangan drama-drama Jepun di kaca televisyen.
Semasa mempelajari Bahasa Jepun, saya mendapati dalam Bahasa Jepun terdapat tiga jenis tulisan iaitu hiragana, katakana dan kanji. Pada awal pembelajaran, saya telah diajarkan tulisan hiragana dan semasa berada di tingkatan dua, saya telah diajarkan tulisan katakana. Tulisan kanji diajarkan semasa saya berada di penggal kedua persekolahan tingkatan dua. Semasa belajar Bahasa Jepun, saya berasa sangat seronok tapi pada masa yang saya berasa takut kerana sensei (guru) yang mengajar sangat tegas  menyebabkan kami sentiasa fokus semasa belajar. Beberapa perkataan Jepun yang masih saya ingat seperti cara memperkenalkan diri, cara meminta maaf, nombor dalam Jepun dan beberapa lagi. Disebabkan tidak memperatikkan penggunaan Bahasa Jepun, pemahaman Bahasa Jepun saya menjadi sangat terhad.  Antara perkataan yang masih saya ingat ialah :
  • Kawai yang bermaksud comel
  • Ame yang bermaksud sama ada hujan atau manis
  • Umai yang bermaksud sedap
  • Oishi juga bermaksud sedap
  • Sumimasen/gomenasai yang bermaksud maaf dan beberapa lagi



Thursday, May 3, 2012

ENTRI 38


Jika pada entri yang lalu saya membincangkan tentang perancangan status, kali ini saya akan membincangkan pula mengenai perancangan pemerolehan. Perancangan pemerolehan merupakan salah satu perancangan bahasa. Perancangan pemerolehan merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa, tidak kira bahasa kebangsaan mahupun bahasa kedua atau bahasa asing. 
Perancangan ini melibatkan usaha-usaha untuk mempengaruhi bilangan pengguna serta pengagihan bahasa dan kenal huruf yang dicapai dengan mencipta peluang atau mengambil inisiatif untuk mempelajarinya. Usaha-usaha ini mungkin mendasari dasar-dasar asimilasi atau kemajmukan. Perancangan pemerolehan juga berkait secara langsung dengan penyebaran bahasa dan merupakan peranan badan-badan kerajaan negara, kawasan atau tempatan untuk menyebarkan bahasa.


ENTRI 37 : PERANCANGAN STATUS


Entri  kali ini saya akan menyambung lagi mengenai perancangan bahasa. Selain perancangan korpus, perancangan bahasa turut terbahagi kepada perancangan status.
 Perancangan status merujuk kepada kepada usaha-usaha untuk memperuntukkan fungsi-fungsi bahasa dan kenal huruf di dalam komuniti pertuturan. Perancangan ini juga melibatkan pilihan status dan menyebabkan sesuatu bahasa atau kelainan menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Perancangan status juga akan melibatkan peningkatan sebuah bahasa atau loghat menjadi kelainan prestij yang mungkin menjejaskan loghat-loghat yang bersaingan. Perancangan status ialah perkara yang mesti bagi mewujudkan sebuah sistem tulisan yang baru kerana sebuah sistem tulisan hanya dapat diperkembangkan selepas suatu loghat yang sesuai telah dipilih sebagai piawai.